HOME

Isnin, 5 Disember 2011

Mitos Kecantikan


Agak kelakar apabila tengok seorang lelaki bercakap tentang kecantikan... tapi kredit untuk Matlufi kerana dapat menyampaikan sedikit mitos kecantikan dalam video pendeknya ini. Ringkas dan padat. 


SEMUA ORANG IDAMKAN KECANTIKAN
Siapa yang tidak mahu jadi cantik? Atau soalan yang lebih tepat, siapa mahu kelihatan hodoh? Tiada siapa...... Siapa tidak mahu memiliki si dia yang cantik? Lagilah tidak ada...kerana kebanyakan lelaki menjadikan kecantikan sebagai kayu ukur dalam memilih pasangan. Semua lelaki mahu wanita yang cantik, tetapi tidak semua wanita dilahirkan dengan rupa paras yang cantik.  Jadi, wajarlah jika seorang perempuan berusaha untuk menjadi cantik kerana permintaan untuk memiliki hati si gadis yang cantik adalah melebihi penawaran.  Wajar bagi mereka yang hanyut dengan mitos kecantikan yang dipropagandakan barat. Wajarkan alasan ini?


Tanpa sedar, bukan perempuan sahaja yang terpengaruh dan terpukau dengan kecantikan sehingga mereka berusaha untuk kelihatan cantik, tetapi sebenarnya kaum adam juga hanyut dengan mitos kecantikan ini kerana mereka juga berharap dan berusaha meraih wanita cantik, dan berasa bangga beruntung jika pasangan mereka  seorang yang cantik. 


DILAHIRKAN SEBAGAI SEORANG YANG CANTIK

Bersyukur jika dilahirkan cantik, tetapi bersabarlah jika dikurniakan wajah yang sederhana. Semuanya kurniaan Allah. Cempaka teringat kata-kata seorang guru sekolah Cempaka, "Lelaki tak handsome takpe, tetap laku. Perempuan kalau tak cantik, takde sape lah nak" Persoalan di sini, siapa yang ketika dalam perut ibu diberi pilihan untuk lahir sebagai bayi yang comel dan membesar sebagai seorang wanita yang cantik? Siapa? Atau siapa yang ketika di dalam perut dia memang menjaga pemakanannya dalam perut ibu agar dia akan lahir sebagai seorang yang ramping dan mempunyai kesihatan yang baik serta memiliki kulit yang halus mulus. Siapa? Maka, siapa kita untuk mengkategorikan dia cantik, dia sederhana dan dia hodoh. Cantik bukan sesuatu yang perlu diusahakan, tetapi cantik itu adalah pemberian Allah. Cempaka teringat dengan kisah seorang kawan yang membatalkan peminangan apabila mendapati gadis tersebut bukanlah gadis yang cantik. Maka, timbullah rasa kasihan terhadap wanita-wanita yang dilahirkan tidak cantik..... Maka, lahirlah daripada mulut-mulut wanita dengan rasa rendah diri, "Untunglah dia cantik, Aku tak cantik macam dia". Nah, syaitan pasti tidak lengah untuk mengajak wanita-wanita yang tidak cantik ini untuk kelihatan cantik  agar dapat meraih perhatian lelaki. Perasaan membuak-buak untuk kelihatan cantik inilah membawa ramai wanita tertipu dengan propaganda barat. Rasa bersyukur atas pemberian Allah ditolak tepi....

BERUSAHA MENCANTIKKAN DIRI

Sebenarnya bukan wanita yang tidak cantik sahaja yang berusaha untuk kelihatan cantik, tetapi wanita yang sedia ada cantik juga tidak berasa puas dan berusaha untuk mencantikkan diri. Lihat disekeliling kita, wanita yang sangat teruja dengan pelbagai fesyen hari ini. Tudung juga menjadi mainan pereka fesyen dengan mengatasnamakan busana muslimah. Wanita-wanita ini lupa atau saaja melupakan dalil keharaman berhias? Adakah mereka lupa bahawa Islam sudah menetepkan aturan bagi wanita dalam bernampilan?

Firman Allah Taala: 
"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)


"Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."[An-nur:31]



STANDARD KECANTIKAN BARAT




Bagaimana mata kita menilai kecantikan? Bagaimana kita boleh mengkategorikan itu cantik, ini sederhan dan yang itu hodoh? Masyarakat kapitalis Barat telah  menentukan standard ukuran “wanita cantik” adalah perempuan yang tinggi, ramping, berkulit putih, dan memiliki tubuh badan yang solid. Inilah citra kecantikan yang barat momokkan di media massa.  Inilah konsep tentang kecantikan yang diagung-agungkan oleh ribuan majalah kecantikan, fashion, dan gaya hidup, yang dijual di sepanjang jalan-jalan di kota London, Paris, Roma, New York, dan Los Angeles, seperti majalah Vogue, Cosmopolitan, dan Marie Clare. Ini adalah juga konsep kecantikan yang dibesar-besarkan oleh perusahaan-perusahaan alat kecantikan dan kosmetik kapitalis. Ini juga yang menjadi ukuran kecantikan, yang disajikan ke tengah-tengah masyarakat melalui model-model yang dimanfaatkan oleh berbagai industri periklanan serta menjadi figur-figur yang dipuja-puja dalam industri hiburan.

Konsep tentang bentuk tubuh  yang “sempurna”  terus dibesar-besarkan sebagai satu kriteria kecantikan yang harus dimiliki. Keadaan ini menjadi lebih meriah apabila wujud para model, seperti Claudia Schiffer, Cindy Crawford, Naomi Campbell, atau selebritis lain seperti Britney Spears, Jennifer Aniston, Holly Valance, atau Victoria Beckham. Mereka menjadi standard ukuran  yang diinginkan oleh kaum perempuan. Pendedahan konsep kecantikan seperti ini telah dimulai sejak usia muda, melalui majalah-majalah “remaja” seperti Just 17, Cosmo Girl, atau Sugar, yang membicarakan segala sesuatu mulai dari tips-tips kecantikan sampai bentuk gaya hidup “kaya dan terkenal”.

KECANTIKAN PUNCA TEKANAN WANITA
Dengan arus deras ini, perempuan-perempuan yang hidup di Barat merasakan tekanan yang terus menerus sehingga memaksa mereka untuk memenuhi harapan media. Walaupun bukan untuk kepentingan perempuan itu sendiri, maka penampilan atraktif itu ditujukan untuk memenuhi harapan-harapan kaum lelaki yang  turut terpengaruh dengan citra kecantikan. Kaum lelaki juga turut terjerumus dengan standard wanita cantik yang diidamkan.

Akibatnya, perhatian wanita kepada masalah kecantikan menjadi masalah utama mereka. Mereka mula risau jika tidak kelihatan cantik.  Industri kosmetik di Inggeris saja mampu meraih untung sehingga 8.9 miliar pound sterling setahun. Sebuah artikel di majalah Time pada tahun 1988 menunjukkan bahawa industri makanan diet di AS berhasil mencetak angka penjualan  sebesar 74 miliar dollar setahun. Jumlah ini setara dengan satu pertiga daripada seluruh anggaran keperluan makanan penduduk AS selama satu tahun. Satu survey yang dijalankan menunjukkan bahawa dalam kalangan wanita profesional telah menyediakan  satu pertiga daripada pendapatan mereka  untuk ‘memelihara kecantikan’. Dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh Fakultas Kedokteran Universitas Cincinnati, 33 000 perempuan AS menyatakan bahawa memiliki berat badan 10 hingga 15 paun adalah perkara yang paling menggembirakan wanita berbanding dengan perkara-perkara lain dalam hidup mereka.

Pada tahun 1998, dalam sebuah artikel bertajuk “The Bread for Life" menunjukkan hasil survey terhadap 900 perempuan muda berusia 18 sampai 24 tahun mendapati 55% responden perempuan menjawab bahawa aspek yang paling penting ialah penampilan dan  hanya 1% yang menganggap kecerdasan sebagai aspek terpenting seorang wanita.

Keadaan ini akhirnya mencetus tekanan kepada wanita untuk memenuhi harapan-harapan media, lelaki dan masyarakat. Wanita Barat menjadi gelisah apabila ada orang yang cuba mengkritik fizikal dan penampilannya. Apakah ia terlalu gemuk, terlalu kurus, terlalu tinggi, terlalu pendek, terlalu pucat, terlalu gelap, atau terlalu tua? Sebuah laporan penelitian yang pernah dikutip oleh New York Times pada tahun 1985 menyatakan, “Orang-orang yang mengalami cacat fizik pada umumnya menyatakan puas dengan kondisi tubuhnya, sedangkan perempuan-perempuan yang kondisi tubuhnya normal pada umumnya tidak puas.” Ada kekhawatiran yang amat besar di kalangan perempuan (Barat) jika mereka menjadi gemuk atau berat badannya bertambah, dan proses penuaan seperti itu hampir-hampir mereka anggap sebagai suatu penyakit.

Dr. Arthur K. Balin, ketua American Aging Association, pada tahun 1988 mengatakan kepada The New York Times bahwa, “akan lebih baik jika para doktor menganggap wajah yang buruk itu sebagai suatu penyakit, bukan suatu masalah kecantikan.” Penelitian “The Bread for Life” yang disebutkan di atas juga menemukan fakta bahwa hanya 25% responden perempuan yang merasa bahagia dengan berat badannya, dan ada 22% responden yang memilih tinggal di rumah karena merasa tidak nyaman dengan penampilannya.

Luasnya jangkauan masalah kecantikan ini telah membuat para ilmuwan dan doktor merumuskan suatu istilah “Body Dysmorphic Disorder.” Istilah ini menggambarkan suatu kondisi dimana seseorang memberikan perhatian yang berlebihan atau tidak wajar terhadap suatu kekurangan dalam penampilan fizikal seseorang. 

Apa yang terjadi apabila mereka tidak mendapat kecantikan yang dikejar? Rasa rendah diri dan malu akan menyelebungi diri mereka. Perasaan ini akhirnya membawa kepada tekanan dan kemurungan.

Cuba lihat kenyataan seorang penulis Barat, Mary Wollstonecraft, yang menulis dalam bukunya – A Vindication of the Rights of Women sebagai berikut, “Ajarkan sejak bayi bahawa kecantikan adalah lambang kekuasaan seorang wanita, maka akal akan menyesuaikan diri dengan kemahuan tubuh. Akal hanya akan dapat berputar-putar dalam sangkar emasnya itu, dan tidak akan dapat berbuat lain kecuali hanya untuk berusaha memperindah penjaranya.”

KEBEBASAN WANITA BERPAKAIAN

Perempuan barat mengatakan bahwa mereka bebas menentukan apakah pakaian yang sesuai bagi diri mereka. Mereka bebas menentukan mana yang dianggap menarik dan mana yang tidak. Industri pakaian  dunia ditaksir mempunyai aset 1.500 miliar dollar AS (lebih besar dari industri persenjataan dunia), serta telah menetapkan standard berpakaian yang sesuai untuk dipakai bagi wanita dan yang tidak sesuai dipakai. Harapan-harapan yang dibangun oleh industri pakaian itu telah menentukan bagaimana bentuk penampilan yang menarik dan bagaimana pula penampilan yang ketinggalan zaman dan buruk bagi wanita. Pada akhirnya hal ini membuat kaum perempuan merasa tertekan untuk menyesuaikan diri dengan harapan-harapan tersebut, agar mereka dapat diterima di masyarakat dan tidak dianggap aneh oleh rakan-rakanny dan masyarakat sekelilingnya.


Siapa sebenarnya yang telah menentukan standard pakaian yang sesuai untuk wanita?
Kita akan melihat bahawa majoriti perancang busana terkemuka di dunia adalah kaum lelaki. Kaum inilah yang telah menetapkan pakaian seorang wanita berdasarkan mata seorang lelaki. Berdasarkan apa pakaian ini direka? Pastilah berdasarkan naluri seksual mereka yang terzahir melalui rekaan pakain mereka? Gianni Versace, Alexander McQueen yang merancang busana untuk rumah mode Gucci, Dolce & Gabbana, John Galliano yang merancang untuk Christian Dior, dan Karl Lagerfeld yang bekerjasama dengan rumah mode Chanel adalah segelintir di antara perancang busana laki-laki terkemuka di dunia. 

Mereka yang merupakan pengemban konsep kebebasan yang berakar dari akidah sekulerisme menganggap dirinya bebas memandang seorang perempuan sesuka hatinya dan kemudian menentukan pakaian yang indah, yang dapat menyingkap keindahan bentuk tubuh perempuan. Semakin banyak keindahan tubuh perempuan yang tersingkap, semakin indah pakaian itu.



Inilah yang sedang melanda umat Islam.....




Hari ini lihat di sekeliling kita, lihat di tv dan dengar di radio. Betapa banyaknya promosi tentang kecantikan, kosmetik dan pakaian. Akhirnya umat yang tebaik ini sibuk dengan masalah kecantikan. Lihatlah umat ini, jika berkumpul sesama wanita, apa yang dibincangnya jika bukan hal kecantikan. Tentang baju, seluar, fasyen, makeup, tudung dan penampilan. Dan lelaki gagah perkasa akhirnya tertunduk dengan penampilan seksa para wanita hari ini. Mereka leka dengan pujian, seronok apabila mata-mata memandang. Adakah umat islam ini lupa akan peringatan Allah:

"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

PERINGATAN ALLAH

Dan sesungguhnya dalam Al-Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan) agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran) (Surah al-Isra': 41)

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memehaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya. (Surah al-Kahf: 57)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan