HOME

Isnin, 5 Disember 2011

Guru Hari ini Layakkah Mendidik?

Selama 4 tahun berada di UPM, mengambil course pendidikan, Cempaka dah terlalu biasa dengan segala teori yang dibawa oleh barat sehingga masyarakat terasa asing dengan sistem pendidikan Islam. Yang paling kelakar bagi cempaka adalah apabila pensyarah asyik ulang-ulang cakap bahawa "kita bukan sekadar mengajar, tapi mendidik". Kenapa Cempaka kata kelakar? Apa yg guru itu hendak didik kepada anak muridnya jika seorang guru itu diserap dengan tsaqafah kufur? Apa yang hendak dididik kepada jiwa-jiwa muda islam ini jika guru itu sendiri tak terdidik dengan tsaqafah islam secara kaffah? Maka, lahir anak didik yang terdidik dengan tsaqafah barat.  Cempaka menulis ini bukan untuk memburukkan para guru, tapi untuk memberi kesedaran kapada ummat bahawa sistem pendidikan di universiti gagal membentuk seorang guru yang mempunyai ketakwaan yang mantap, malah jauh sekali untuk menghasilkan murid-murid yang cemerlang, yang mampu membangun Islam berdasarkan akidah Islam.


Oleh itu, kali ini Cempaka hanya hendak memabahas attitude sekular yang telah menyerap masuk dalam jiwa para guru dan akan datang Cempaka akan lanjutkan apa yang tidak kena dengan sistem pendidikan yang diterapkan di Malaysia sekular ini.


Mudah sahaja untuk menilai adakah seorang guru itu dijiwai dengan tsaqafah Islam atau tidak. Cuba kita imbas kembali zaman sekolah kita, ingat kembali guru-guru kita, atau pun kita lihat sahaja para guru semasa hantar anak kita ke sekolah, semasa menghadiri PIBG, atau semasa kita terserempak dengan para guru ini di shopping complex atau di pasar. Apakah penampilan seorang guru? Apakah yang mereka pakai ketika mereka berada di sekolah? Berapa percent guru ke sekolah dengan menutup aurat? Iya, guru pergi ke sekolah dengan memakai  baju kurung yang kononnya nampak sopan... Tetapi kain apa yang dipakainya?Kain jarang yg memerlukan guru memakai iner di dalamnya? inner? Dah tentulah ketat! Maka, nampak bentuk badan di sebalik baju jarang tadi. Belum kira  pakai tudung yang jarang, selempang tudung sehingga nampak perhiasan dadanya.  Stoking pula tiada dalam kamus hidup mereka... Yang lebih memalukan ada guru yang sangat suka pakai kain terbelah pergi ke sekolah =(


Cempaka teringat satu peristiwa sewaktu Cempaka praktikal. Ada dua peristiwa cempaka nak ceritakan. Peristiwa pertama, berlaku pada hari pertama cempaka di sekolah D. Sewaktu berkenalan dengan GPK 1 Cempaka ditegur oleh GPK 1 kerana memakai jubah. Dia kata pada cempaka dan guru praktikal lain, seorang guru mesti kelihatan menarik. " U pakailah kebaya ke. Tak pun pakai skirt dan blouse. Kita mesti up to date. Mekap mesti pakai. Jangan macam u ni, plain jer muka" sambil dituju kepada Cempaka. 


Peristiwa kedua pula Cempaka teringat gelagat seorang guru perempuan di sekolah D ni. Hari tu hari sukan. Guru perempuan ni datang dengan tshirt ketat lengan pendek ke sekolah. Dengan baju itu dia tak malu turun daripada kereta, kemudian ke office, dan kemudian ke bilik guru. Lalulah guru tak tahu malu ini di depan murid-murid dan guru-guru lelaki. Tapi, bila nek turun padang terkial-kial guru ini mencari sarung tangannya. Yang sadisnya, bila dah jumpa sarung tangan tu bukan dia terus pakai, tapi dia simpan jer. Sampai di padang, sambil bercakap depan murid-murid lelaki dia memaki sarung tangan tu. Cuba kamu semua fikir, apa tujuan sebenarnya dia pakai sarung tangan tu? Nak tutup tangannya yang terdedah atau pun nak lindungi tangganya daripada  terik matahari sepanjang berada di padang sekolah. Sebenarnya bukan guru ini aje yang bersikap yang tidak sewajarnya hari ini. Kebanyakan guru hari ini turun ke padang sekolah dengan memakai baju yang tak terlalu ketat tapi juga tak longgar dan hanya menutup separuh punggung. Senang cakap para guru ni sangat bahagia memakai baju yang ngam-ngam dengan badan mereka.


Daripada dua peristiwa di atas, apa yang anda nilai daripada attitude seorang guru? Mereka ni layakkah untuk mendidik? Sistem apa yang diguna pakai sehingga guru ini menjadi orang tak terdidik? Itulah dia sistem pendidikan  barat kufur.... 


Cempaka teringat juga teringat satu peristiwa semasa perhimpunan sekolah. Pengetua meminta para pelajar lelaki yang memakai seluar yang ketat bawahnya (mcm skin) keluar daripada kawasan perhimpunan. Mereka ini dikenakan tindakan oleh pengetua. Sedangkan pada hari itu juga ramai pelajar perempuan yang memakai baju lengan pendek ke sekolah kerana hari itu adalah hari raptai sukan sekolah tetapi tidak diendahkan. Inilah dia sistem pendidikan kita...dan inilah para guru yang dihasilkan oleh sistem kufur barat! 


Guru-guru hari ini tak temampu nak menegur muridnya yang tidak menutup aurat kerana para guru juga tidak menutup aurat. Habis tu apa yang dididik oleh para guru ni selain mengajar subjek mereka? haha.. Guru-guru ini hanyalah menerapkan nilai-nilai murni seperti tolong menolong, hormat-menghormati dan kasih sayang. Mampukah nilai-nilai murni ini membentuk peribadi muslim anak-anak?


Sekolah dah tak ubah seperti tempat maksiat. kenapa Cempaka kata begitu? Cuba perhatikan peristiwa-peristiwa ini yang berlaku di sekolah D ini. 


Satu pagi, sekolah D ini dihiasi dengan kemerduan suara Ella. Pelik juga Cempaka, mengapa lagu Ella yang dipasang di radio sekolah pagi-pagi ini? Pada hari itu, sampai jer sekolah cempaka terus ke tandas untuk membetulkan tudung. Di situlah cempaka terdengar perbualan dua orang guru lain. 


       Guru A: Baru Best dengar lagu macam  ni. Ni tak, asyik dengar ayat quran dan zikir jer. Bosan!


       Guru B: Sebab tu lah aku minta tukar. Lepasni mmg lagu jer...takde dah surah lagi.


Terkejut Cempaka mendengar perbualan guru ini dalam tandas. Mereka tak perasan Cempaka ada pada wkatu itu. Inilah dia para guru didikan barat....Layakkah mereka ini mendidik?


Tengok juga peristiwa seterusnya ini... Cempaka adalah guru bola jaring semasa praktikal. Satu hari adalah beberapa student bola jaring ini datang ke latihan tanpa memakai tudung. Maka, Cempaka tegurlah mereka ini dan terus memakai tudung. Selain daripada Cempaka, ada dua orang lagi guru bola jaring. Semasa guru-guru lain yang melatih mereka bola jaring, kebanyakan players tidak bertudung, tetapi apabila Cempaka sampai ke padang, merek terus gegas mencapai tudung mereka. Mereka pakai kerana Cempaka suruh, dan mereka senang hati tidak pakai walaupun ada guru-guru lain kerana guru-guru itu tak menyuruh mereka pakai... =( Nampaknya, sekolah sudah tidak lagi menjadi tempat mendidik kerana gagal membentuk guru yang mempu mendidik!


Inilah dia ragam guru dan ragam murid hari ini.... Ini ragam guru di dalam sekolah. Siapakah para guru ini ketika di luar sekolah? Mereka juga naik motor dengan pakwe mereka. Ada guru yang di sekolah pakai tudung, tetapi di luar on off, kejap pakai kejap tak pakai. Ada guru yang hari ini keluar dengan lelaki A dan esoknya keluar dengan lelaki B dan lusanya keluar dengan lelaki C. Ada guru yang pergi clubbing.  Malah, berapa ramai guru solat on off (solat bila sempat)? Cempaka bukan berkata kosong. Ini adalah pengalaman Cempaka berdepan dengan para guru. Persoalannya, adakah benar para guru seperti  ini mampu mendidik? Dan layakkah mereka semua untuk mendidik? Sistem apakah yang sangat buruk ini sehingga menzahirkan suasana sekolah dan melahirkan para guru yang jauh daripada suasana yang Islami? Tak lain tak bukan sistem pendidikan barat yang lahir daripada kezaliman kapitalisme!! 

~UNTUK MENGHASILKAN UMMAT YANG HEBAT NEGARA MEMERLUKAN PARA GURU YANG HEBAT AKIDAH & TAKWANYA PADA ALLAH SWT~

 







1 ulasan:

  1. salam cempaka.saya juga seorang guru yang baru berkhidmat kira-kira setahun lebih.saya bersetuju dengan tulisan saudari,bahkan pernah saya berfikir,bagaimana berkat hendak sampai pada murid kalau berkat itu tidak turun kepada guru kerana perilaku dan moral yang tidak bertepatan sunnah..mudahmudahan Allah mengirimkan lebih ramai guru yang sedar dan ikhlas dalam tugas semata-mata Lillahitaala...InsyaAllah

    BalasPadam