HOME

Sabtu, 3 Disember 2011

KAPITALISME 2011:Lebihan atau Defisit

Dalam bulan lepas, ada seorang kawan yang sama-sama sedang menganggur dengan cempaka memberitahu bahawa kerajaan tiada peruntukan untuk postingkan kami semua, student pendidikan kerana kerajaan takde duit. Kawan cempaka ni ada menghubungi KPM beberapa kali dan last day dia call KPM, dia dimaklumkan bahawa wang peruntukan untuk postingkan kami telah digunakan untuk pilihan raya. 

Sejenak cempaka terfikir, benarkah kerajaan tiada duit? Dengan persoalan inilah yang membawa cempaka kepada jawapannya.... 
                                 
EKONOMI Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan sederhana pada separuh
       pertama tahun depan sebelum bertukar menjadi lebih kukuh pada separuh kedua, kata         Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Kita akan menyaksikan pertumbuhan sebegini dalam tempoh dua suku akan datang dan pada separuh kedua pula kita akan menyaksikan pertumbuhan kukuh, katanya ketika ditanya mengenai prospek ekonomi negara tahun depan.” [Zeti, 2010]
           
       Pada tahun lepas, Zeti meramalkan bahawa pada tahun 2011 akan berlaku pertumbuhan kukuh terhadap ekonomi negara.

                             BENARKAH RAMALAH ZETI INI?     
    "Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lembap pada suku kedua tahun 2011 menunjukkan
tanda-tanda yang membimbangkanPertumbuhan  Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
merosot kepada hanya 4% (berasaskan tahun ke tahun), iaitu kadar paling perlahan
semenjak suku keempat Tahun 2009” [Azman Ali, Timbalan Presiden PKR]


            Kemudiannya, zeti memberitahu bahawa ekonomi negara melonjak ke 5.8%.






        DIMANAKAN KEDUDUKAN EKONOMI MALAYSIA 2011??


Adakah benar Malaysia sedang berada pada kedudukan yang kukuh menurut acuan
kapitalis? Kita sering digambarkan di media-media bahawa kedudukan ekonomi    
Amerika Syarikat berada pada keadaan yang sangat teruk dan merupakan negara
penghutang terbesar dunia tatkala ini. Adakah Malaysia tidak menerima kesan
akibatkejatuhan ekonomi Amerika Syarikat yang teruk pada tahun ini? 
Mari kita tengok fakta ini terlebih dahulu....



       Ini adalah kedudukan hutang terkini dunia. Cuba anda sebutkan berapakah jumlah hutang itu. 43, 470 512 453 677. Mahu gagap jugakan hendak menyebutnya? Jumlah ini terlalu asing dalam hidup kita dan mungkin ini kali pertama kita bermain dan menyebut nilai ini. Dalam map di atas, negara yang berwarna merah adalah negara yang memiliki hutang yang tinggi. Semakin pekat merahnya semakin tinggi hutang dan hijau pekat menunjukkan negara tersebut memiliki sedikit hutang. Banyak  yang merah atau banyak yang hijau? Dan negara manakah yang memiliki hutang yang besar? Tengok sahaja map di atas... anda akan tahu jawapannya. Tapi, jika lihat table di bawah akan lebih  membantu anda....=)


       
       Jangan terkeliru! United states walapun berada pada kedudukan atas sekali dalam carta ini, namun mereka bukanlah negara pertama atau negara penghutang terbesar. UK adalah penghutang nominal terbesar pada tahun ini, tapi mereka bukanlah penghutang terbesar secara keseluruhannya. UK berada kedudukan yang ke20 dan negara penghutang terbesar sebenarnya adalah Ireland sehingga mencatat 1382% daripada GDP mereka. Jika dibandingkan dengan UK, hutang UK hanya 101% daripada GDP mereka. Ini menunjukkan jurang hutang yang besar antara UK dan Ireland. Ireland adalah negara yang paling berisiko tatkala ini untuk bankrap...


       Nampaknya Malaysia tidaklah termasuk dalam 20 negara penghutang terbesar. Adakah ini bermakna Malaysia berada pada kedudukan ekonomi yang kukuh? Ini dia kedudukan ekonomi Malaysia.




           Hutang Negara Mencecah RM437.2 Bilion @ 52.7% Daripada GDP (KDNK). Bakal Cecah RM1 Trillion Tahun 2020. Kalau pada tahun 2004, hutang negara berada pada paras RM217 bilion. Walau bagaimnapun, baru-baru ini sehingga tempoh Jun 2011 sahaja, hutang negara Malaysia telah meningkat 2 kali ganda sehingga menyebabkan hutang kerajaan persekutuan mencecah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Dalam perkataan mudahnya, pembentangan Bajet 2012 adalah merupakan bajet defisit.




           Setiap tahun belanjawan yang dibentangkan adalah belanjawan defisit?Apakah defisit? Defisit dengan kata lainnya adalah budget lari atau hutang. Melihatkan keadaan ini, apa yang tak kena kepada ekonomi Dunia pada hari ini? Apa yang tak kena dengan ekonomi Malaysia dan negara2 Eropah  yang sedang dibelenggu hutang dan sedang menanti utk muflis? Apakah sistem yang digunapakai selama ini yang menghasilkan satu pengakhiran ekonomi yang begitu jelek ini?? Inilah dia bahana daripada sistem kufur yang dihasilkan oleh kebodohan barat, iaitu sistem kapitalisme! Apakah penyelesaian kepada masalah ekonomi ini?

       Dunia akan terus dibenam dengan masalah defisit, inflasi, pengangguran selagi mana kapitalis terus menjadi makanan harian kita. Setelah melihat kebobrokkan sistem ini, apa yang anda harapkan kepada sistem ini???? Dan apakah penyelesaian kepada masalah ini?

                                                                     PENYELESAIANNYA:



                                                                         Hancurkan kapitalisme!
                                                     TEGAKKAN SYARIAH DENGAN KHILAFAH!!!











       


dee
beb   




d







KO

1 ulasan:

  1. astaghfirullah. takutnya baca. inilah petanda akhir zaman. sudah tiba masa utk simpan dinar dan dirham.

    thnx. info yg sgt menarik.

    BalasPadam