HOME

Selasa, 13 Mac 2012

TIPS ELAK BERPRASANGKA BURUK

Prasangka/bersangka ialah pendapat yang hanya diagak-agak sahaja, dugaan, kira-kira, menaruh syak, berasa sangsi, ragu-ragu, was-was dan menganggap seperti. Jadi, sangka ialah pendapat yang berdasarkan agakan, keraguan, kesangsian, anggapan, kewas-wasan, kiraan, syak dan dugaan (maksudnya di sini bukan ujian tetapi menduga).

"Kenapa minah ni asyik tengok aku jer. Tengok pulak macam aku ada buat salah jer. Macam bagus jer dia ni tengok aku gitu!" Kita selalu dengar ayat ni daripada mulut kawan-kawan kita apabila diri rasa diperhatikan. Ini terjadi jika si pemerhati adalah perempuan dan yang diperhati juga adalah perempuan. Sejak pertemuan pertama yang kurang selesa seperti ini, kita terus meletakkan perasaan kurang senang kita pada orang yang memerhatikan kita apabila bertemu di mana-mana selepas itu. Padahal kita boleh saja bersangka baik bahawa memang cara dia  memandang orang begitu atau sebenarnya dia bukan pandang kita, tapi pandang orang belakang kita, tp kita yang perasannnn...hee atau tak perlu pun fikir apa-apa atas pandangan yang kurang disenangi itu, tapi balaslah pandangan itu dengan satu senyuman ikhlas.Mungkin padangan itu akan berubah kepada satu pandangan yang lebih manis kerana dibalas juga dengan senyum...=)



Nampak atau tidak, kita boleh memilih untuk bersangka baik jika kita mahu. Tetapi selalunya kita gagal bersangka baik. Tapi sangat pelik kan.......bila seorang lelaki memerhatikan seorang perempuan, situasinya jadi berbeza. Kalau seorang perempuan diperhatikan oleh seorang perempuan, akan timbul rasa jengkel dan menyampah dalam diri yang diperhati sedangkan perasaan menyampah itu hadir hanya kerana dipandang. Tetapi, apabila seorang perempuan rasa diperhati oleh seorang lelaki, perasaan menyampah tidak muncul, sebaliknya perasaan berbunga-bunga dan seronok diperhati. Tingkah laku diperkemas dan bicara lebih dijaga kerana hendak dilihat menarik oleh si lelaki. Senyuman terukir, dan langsung tidak bersangka buruk..tp bersangka baik. Ajaib bukan?

Kenapa kita boleh bersangka baik jika diperhati oleh lelaki, tapi mudah bersangka buruk jika diperhati oleh seorang perempuan? Sedangkan pandangan sang lelaki itu boleh jadi berhias nafsu, dan pandangan si perempuan pula boleh jadi kerana tertawan untuk dijadikan sahabat seperjuangan. Sepatutnya kita lebih menaruh prasangka pada pandangan lawan jantina kita kerana Islam tidak membenarkan kita dengan sengaja untuk bersenang-senang melihat lelaki ajnabi. Malah, kita sepatutnya menundukkan pandangan kita...

Jadilah manusia yang sentiasa yang bersangka baik dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita tidak akan rugi, malah kita akan senang hati. Bagaimana dengan bersangka baik kita akan senang hati? Kita akan rasa senang hati jika kita bersangka baik pada si pemerhati. Kita boleh bersangka baik bahawa si pemerhati itu hendak bersahabat dengan kita, tetapi dia segan...maka, kita mulakan langkah dengan menghulurkan salam atau dengan lirikan senyuman. Satu ukhuwah terbina dengan bersangka baik, bertambahlah sahabat kita, maka, bertambahlah saham pahala kita kerana menjalin ukhuwah, memberi salam dan menghulur sedekah senyuman. Tidakkan kita akan senang hati dengan semua ini?



Namun, berbeza jika kita bersangka buruk kepada si pemerhati kita. Kita akan rasa bengang, rasa menyampah dan berusaha mengelak daripada bertemu dengan dia lagi. Malah, mungkin kita akan mengata dan mengumpat dia yang memerhati kita ini pada teman-teman yang lain. Huh! Banyaknya dosa kita....dahlah hati kita rasa sakit atas prasangka yang kita cipta sendiri, kemudian, muka pulak asyik masam, dan banyak pula saham mengumpat. Kesian jika kita masih dalam golongan seperti ini.....



Ramai orang mudah berprasangka kepada orang lain. Pelbagai andaian yang dibuat.. dan kebanyakan prasangka timbul daripada hal remeh temeh. Dan kebiasaannya, sikap buruk ini akan datang dengan pakej lengkap iaitu prasangka buruk+mengumpat+mengata+tajassus=dosa 



Jika kita tidak pasti dalam sesuatu hal, jangan kita terlalu memikirkannya kerana memikirkan sesuatu yang kita tak pasti sering mengundang prasangka buruk. Jadilah manusia yang positif dan sering bersangka baik kerana bersangka baik dapat membuatkan diri kita mampu mengukir senyuman setiap hari di hadapan semua orang. Dan yang pasti, kita mesti bersangka baik kerana Islam melarang kita untuk bersangka buruk.

Dalam Surah Al-Hujurat ayat 12, “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani.”.

Keterangan ayat “Wahai orang-orang yang beriman ! Jauhi kebanyakan prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa.” dalam Surah Al-Hujurat ialah tinggalkanlah sangka-sangka jahat terhadap sesama mukmin. Kerana berdosa bersangka jahat pada orang-orang muslimin, yang pada lahirnya orang-orang baik. Jika bersangka jahat pada orang yang berterang-terangan melakukan dosa, seperti minum arak, berjudi dan sebagainya, maka tidaklah berdosa

Nasihat Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani.
Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".


Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu): "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..


Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."


Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.


Tak rugi kita bersangka baik terhadap insan daripada kita bersangka buruk yang boleh mendatangkan dosa. Sematkan kedalam hati agar iman akan bertambah,aqidah dan akhlak juga akan terjaga.InsyaALLAH.

P/S:Ingat!Jika prasangka buruk kita itu ternyata silap, maka satu lagi dosa free yang kita dapat iaitu memfitnah!!

KITA TIDAK AKAN TENANG DAN BAHAGIA JIKA ASYIK BERSANGKA BURUK.



2 ulasan:

  1. Satu perkongsian yang amat bermakna. :)

    BalasPadam
  2. sememangnya kita susah sangat nak elak atau mengawal hati drp bersuara@prasangka..caranya.. bertaubat..kalau terjadi lg, bertaubat..kalau terjadi lg, bertaubat..sehinggalah taubat itu memberi kesan pd hati dan tingkahlaku kita..Allah tahu apa yg kita usahakan.

    BalasPadam