SHAH
ALAM – Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menggesa Kerajaan Pusat
pimpinan Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan dengan Pakatan Rakyat
(PR) berhubung cadangan kaedah mengurangkan bebanan pembiayaan pengajian tinggi
dengan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
bukannya dengan mengkritik idea dibawah perikatan pembangkang itu.
Naib
Presiden I Gamis, Eikhwan Ali berkata, kedua-dua BN dan PR harus melihat isu
berkenaan sejajar dengan agenda yang dibawa dalam Deklarasi Inspirasi Anak Muda
Malaysia (Inspirasi) yang dilancarkan pada 25 Mac lalu iaitu dalam membela hak
dan kebajikan mahasiswa dalam pembiayaan pengajian. Sehubungan itu kata beliau,
inspirasi yang didokong oleh Gamis bersama 13 barisan mahasiswa di seluruh
negara juga akan bersama dalam Himpunan mansuh PTPTN pada 14 April ini. [SINAR
HARIAN-31 MAC 2012].
Jika
ditelusuri dengan teliti sejak tahun 2011, mahasiswa seperti diambang
kebangkitan.Suara mahasiswa kembali bergema apabila mereka dilihat semakin
berani meminta hak mereka. Kita pasti masih ingat pada tindakan berani seorang
mahasiswa, Adam Adli yang menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri di
perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semasa dalam usaha menyerahkan
memorandum menuntut kebebasan akademik. Siapa Adam Adli? Dia ialah seorang
mahasiswa.
Namun,
persoalan yang lebih penting ialah, apakah punca utama terzahirnya kebangkitan
ini? Apakah kebangkitan ini merupakan kebangkitan yang hakiki dan apakah ideologi
yang dipegang oleh mahasiswa-mahasiswa ini dalam meraih kebangkitan?
Persoalan-persoalan ini harus dijawab bagi menilai adakah usaha mahasiswa ini
selaras dengan kehendak syarak atau masih tidak selaras dengan syarak.
PUNCA
KEBANGKITAN
Menurut
Naib Presiden I Gamis, Eikhwan Ali, PTPTN harus dihapuskan kerana kerajaan
sepatutnya menyediakan pendidikan percuma dari peringkat sekolah rendah
sehingga peringkat univerisiti. Menurut beliau lagi, usaha ini dilakukan bagi membela
hak dan kebajikan mahasiswa dalam pembiayaan pengajian. Usaha ini murni, namun,
jika diperhatikan secara teliti, terdapat kepincangan terhadap usaha ini, iaitu
matlamat mereka semata-mata untuk meraih kepentingan (kemaslahatan). Malah,
usaha untuk memansuhkan PTPTN ini juga tidak mengetengahkan keharaman PTPTN
yang terlibat dengan unsur riba’. Ternyata, usaha mahasiswa ini bukan untuk memenuhi
tuntutan syarak yang mewajibkan negara menyediakan pendidikan secara percuma,
tetapi semata-mata untuk mendapat kesenangan dan kemudahan dalam mengejar ilmu.
Sayang seribu kali sayang.
Isu
Adam Adli juga mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Ada yang
menyokong hero mahasiswa ini, dan ramai juga yang menempelak tindakan mahasiswa
ini. Menurut Adam Adli kepada wartawan Sinar, beliau menghantar memorandum
untuk menuntut kebebasan berakademik. Kebebasan akademik yang dituntut ini
memilik enam asas utama dengan berpegang kepada dua prinsip berikut:
1.Bahawa
ahli akademik, sama ada di dalam atau di luar bilik kuliah, memiliki kuasa yang
tidak terbatas untuk mempersoal, menguji idea dan mengeluarkan kenyataan
kontroversi dan tidak popular tanpa mengira sama ada pendapat tersebut
bercanggah atau tidak dengan pendapat umum.
2. Institusi
akademik tidak berhak untuk mengekang kebebasan akademik dalam kalangan
kakitangan universiti atau menggunakan praktis kebebasan akademik sebagai sebab
untuk mengenakan tindakan tatatertib.
Jika
kita menilai tindakan Adam Adli menurunkan bendera yang terdapat gambar Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai satu tindakan yang salah,
adakah benar penilaian kita itu? Apakah yang mengatur akal kita dalam menilai
sesuatu tindakan? Syarak atau perlembagaan negara? Adakah haram menurunkan
bendera menurut Islam? Maka, kita akan dapat jawapannya iaitu sama sekali tidak
salah kerana Islam tidak melarang perbuatan menurunkan bendera sebagai satu
keharaman. Maka, mengapa kita melihat tindakan ini sebagai satu kesalahan yang
besar? Namun, yang harus diperhatikan ialah, apakah perjuangan Adam Adli
merupakan satu perjuangan yang menepati syarak? Prinsip perjuangan Adam Adli
yang berteraskan kebebasan bertingkah laku dan kebebasan memberikan pendapat
merupakan prinsip demokrasi secara jelas bertentangan dengan syarak.
Kebebasan
berpendapat bererti bahawa setiap orang memiliki hak untuk menyatakan pendapat
apa sahaja dalam segala perkara tanpa terikat dengan batasan apa pun. Ini
bermaksud mereka berhak menyatakan apa-apa sahaja pendepat walaupun pemikiran
atau pendapat mereka bertentangan dengan
aqidah Islam seperti pemikiran tentang nasionalisme, patriotisme, pluralisme,
feminisme dan sebagainya. Padahal, Islam telah memerintahkan umatnya untuk
menghapuskan segala bentuk pemikiran kufur ini.
Kebebasan
bertingkah laku bererti kebebasan untuk lepas dari segala macam ikatan dan
kebebasan untuk melepaskan diri dari setiap nilai kerohanian, akhlak, dan
kemanusiaan. Kebebasan ini merupakan
jenis kebebasan yang telah menimbulkan segala kebinasaan dan membolehkan segala
sesuatu yang telah diharamkan. Kebebasan ini menetapkan bahawa setiap orang,
dalam perilaku dan kehidupan peribadinya berhak untuk berbuat apa sahaja
mengikut kehendaknya tanpa boleh ada larangan baik dari negara atau orang lain.
Maha
Benar Allah SWT yang berfirman,
“Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)” [TMQ al-Furqan (25):43-44].
“Terangkanlah kepadaKu tentang orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)” [TMQ al-Furqan (25):43-44].
Ternyata,
prinsip perjuangan Adam Adli dan rakan-rakannya merupakan perjuangan yang
bathil kerana bertentangan dengan syarak. Kebangkitan mahasiswa-mahasiswa ini
masih belum berada pada jalan yang benar kerana masih tidak disandarkan dengan
perjuangan menegakkan syariat Islam dengan thariqah Islam yang jelas.
JERAT IDEOLOGI SEKULARISME
Mahasiswa
harus sedar bahawa ideologi sekularisme sebenarnya sedang menjerat mereka
sehingga terdapat mahasiswa yang langsung tidak mahu mengambil tahu tentang
politik dengan alasan “tidak minat politik” atau “politik itu kotor”. Golongan
mahasiswa jahil ini ramai bilangannya di universiti dan mereka kebanyakannya
langsung tidak dapat mengaitkan politik dengan Islam. Mereka tidak merasakan
bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam. Dan sayangnya
mahasiswa-mahasiswa ini tidak pula sibuk mencari ilmu agama, tetapi lebih sibuk
dengan urusan sosial yang bertentangan dengan syarak. Golongan mahasiswa yang
kedua pula ialah kelompok mahasiswa yang sangat aktif dalam politik, namun
mereka berpolitik tanpa mengambil Islam secara kaffah. Mereka tertipu dengan
dakyah demokrasi dan sekularisme. Fenomena inilah yang sedang menghantui para
mahasiswa yang sedang bangkit yang akhirnya membawa mereka kepada kebangkitan
yang bathil.
"Wahai
orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan
janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh
yang jelas bagi kamu” [Al-Baqarah: 208]
Kedua-dua
kelompok mahasiswa ini merupakan hasil ideologi sekularisme yang membenarkan
mereka membuat pilihan atas kebebasan yang dilaungkan kapitalisme. Maka, atas
kebebasan inilah, maka terjadinya dua kelompok utama mahasiswa, iaitu golongan mahasiswa yang tidak mahu
berpolitik dan golongan mahasiswa yang berpolitik dengan ideologi sekularisme. Sedangkan
Islam tidak pernah memberi pilihan
kepada kita untuk tidak melakukan hal yang wajib, termasuklah kewajipan
berpolitik. Maka, yang harus dijiwai oleh para mahasiswa ini ialah berdiri di
atas landasan ideologi Islam dan menolak ideologi kapitalisme! Apa itu ideologi
Islam? Apa pula yang dikatakan ideologi sekularisme? Bagaimana caranya untuk
meraih kebangkitan yang hakiki dengan penerapan ideologi Islam? Segala
pembahasan ini akan dihuraikan post yang akan
datang.
Jika
kamu mahasiswa Islam, maka pastikan Ideologi kamu adalah Islam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan